Isnin, 8 Ogos 2011

Tee Boon Hock tanding ketua Kampung Pandamaran

MALAYSIA KINI


Tee Boon Hock - yang telah disingkir daripada DAP - bertanding jawatan ketua kampung Pandamaran yang menyaksikan perebutan enam penjuru - dalam usahanya untuk meneruskan karier politiknya.

pandamaran village nomination 070811 tee boon hock"Saya berharap penduduk kampung akan memberi keadilan kepada saya. Jika mereka menolak saya, ia boleh menyebabkan berakhirnya karier saya," umum bekas ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu yang berpakaian baju-T kuning dengan potretnya dan slogan meminta penduduk mengundi beliau.

Tee (kanan) dipecat daripada menjadi ahli MPK, dan kemudiannya sebagai ahli DAP tahun lepas, selepas didapati bersalah memalsukan kepala surat bekas pegawai atasannya, Ronnie Liu untuk mendapatkan kontrak MPK untuk anaknya.

Sehingga hari ini, Tee tetap mengatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Mereka tidak membuktikan bahawa saya mencuri kepala surat itu, mereka hanya berkata saya terlibat," dakwanya.

Calon lain termasuk penyandangnya Yap Hock Siew, aktivis sosial Yap Kim Huat, ahli DAP Tee Kim Huat, ahli PKR dan calon wanita tunggal Low See Mee, dan seorang penyelia pasaran, Tan Yu Tiam.

Tarikh pengundian ditetapkan Ahad depan di Stadium Pandamaran dan dewan JKKK.

Tiada ulasan: