Isnin, 15 Ogos 2011

Tajudin: Lagi drama “I tolong you, you tolong I” dari Najib ke Dr M?

Maclean Patrick, Malaysia Chronicle


Tajuddin Ramli, bekas pengerusi MAS dan juga anak didik protégé bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin nampaknya telah terlepas daripada dikenakan tuntutan sivil dari Syarikat Milik Kerajaan (GLC), MAS dan Danaharta. Khabarnya arahan tersebut datang daripada Kementerian Kewangan dan dilihat seperti satu arahan yang datang daripada golongan elit UMNO.

Sebagai Menteri Kewangan, Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes Tajuddin di luar mahkamah untuk memastikan perincian mengenai salahlaku bekas pengerusi MAS itu disembunyikan daripada pengetahuan umum. Ini menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab Najib kerana kesilapan dari segi tadbir urus MAS yang dilakukan Tajuddin itu adalah dengan menggunakan wang rakyat dan rakyat berhak mengetahui apa yang berlaku.

Adakah Perdana Menteri melindungi kepentingan rakyat yang membayar cukai atau adakah beliau sedang cuba bermain politik untuk memastikan beliau kekal berkuasa untuk satu penggal lagi? Apakah yang akan berlaku terhadap siasatan yang dilakukan SPRM keatas Tajuddin? Adakah ia juga akan ditutup? Bagaimanakah orang seperti Tajuddin yang telah menyeleweng wang rakyat berbillion ringgit boleh terlepas bebes begitu sahaja?

Kenapa Tajuddin dibiarkan bebas?

Pada tahun 2002, MAS telah membuat laporan polis terhadap Tajuddin yang memegang tampuk pimpinan dari tahun 1994 hingga 2001, yang kemudiannya menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian RM8 billion. Tadbir urus dan keputusan perniagaan yang yang lemah membabitkan pajakan kapal terbang dengan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan keluarga beliau telah menyebabkan MAS kerugian RM 10 billion dan RM 16 juta sebulan.

Kerajaan telah cuba menyelamatkan MAS dengan membeli balik saham syarikat penerbangan itu yang bernilai RM8 seunit yakni dua kali ganda daripada nilai pasaran. Sehinggalah pada tahun 2001, jumlah hutang MAS dilaporkan mencecah RM 9.5 billion.

Pada tahun 2009, Danaharta dan dua anak syarikatnya telah menang kes saman terhadap Tajuddin yang berjumlah RM589.143 juta. Kes itu timbul setelah Tajuddin melaksanakan perjanjian kemudahan pada 13 Julai 1994 untuk meminjam RM1.792 billion daripada sekumpulan peminjam wang bersindiket untuk membiayai pembelian 32% dalam kepentingan dalam MAS. Walaubagaimanapun, dari tahun 1994 hingga 1998, beliau gagal membayarnya.

Pada tahun 1998, Danaharta telah mendapatkan NPL daripada peminjam dan Tajuddin telah gagal juga menyelesaikan hutangnya sehingga ia mencecah RM1.41 billion pada 8 Oktober 2001. Dalam perjanjian penyelesaian, Tajuddin sepatutnya membayar RM942 juta sebanyak 4 kali dalam masa 3 tahun dan dia juga dibenarkan menebus sahamnya pada nilai minima seunit. Walaubagaimanapun, Tajuddin tidak juga membayar interest secara ansuran seperti yang termaktub dalam perjanjian dan oleh itu, pada 27 April 2002, pihak plantif menamatkan perjanjian dan menagih RM1.61 billion daripada beliau.

Pada 29 April 2002, Danaharta, bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd, telah menjual sebahagian daripada bayaran saham yang terdiri daripada keseluruhan saham Technology Resources Industries yang bernilai RM2.75 seunit, yang menghasilkan RM717.39 juta. Pada 31 Disember 2005, jumlah tertunggak adalah RM589.14 juta dan pada 11 May 2006 pula, Danaharta dan anak syarikatnya telah memulakan tindakan mendapatkan semula wang.

Kenapakah Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia sanggup menyelesaikan kes diluar mahkamah dengan seseorang yang telah acap kali membuktikan bahawa beliau tidak mampu membayar hutang?

Lorrain pun telah pergi

Tindakan membersih kes-kes yang melibatkan orang atasan dalam kerajaan ini telah timbul sejak pemergian bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance, Lorrain Esme Osman dari skandal kumpulan BMF-Carrian. Ramai berpendapat skandal ini melibatkan orang-orang besar dalam politik Malaysia juga Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Keputusan untuk menyelesaikan semua tuntutan terhadap Tajuddin Ramli terus menimbulkan tanda tanya apabila diambilkira bahawa arahan kepada MAS dan Danaharta yang semua dokumen tuntutan haruslah diberi kepada firma guaman Hasfarizam Wan dan Aisha Mubarak; yang tekenal sebagai peguam pihak UMNO. Ini menunjukkan bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk memastikan bahawa kes terhadap Tajuddin ini dikuburkan sahaja. Sebabnya belum lagi didedahkan tetapi ini semua sangat jelas menunjukkan kaitan antara Najib Razak dan keperluan untuk beliau mendapatkan sokongan Mahathir.

Satu lagi- Saya tolong kamu, kamu tolong saya

Jadi mengapakah Najib sangat memerlukan sokongan Mahathir? Adakah Najib dan Rosmah berkehendakkan sesuatu balasan?Mungkinkah untuk berkuasa lebih lama?

Petukaran saham antara MAS dan Airasia juga dilihat sebagai sesuatu yang serupa. Tony Fernandes telah mendapat kepentingan yang besar dalam syarikat penerbangan yang bermasalah itu. Bukanlah rahsia bahawa Tony Fernandes adalah kawan rapat Najib dan Mahathir. Tony sekarang ditugaskan untuk memandu MAS kearah menjana keuntungan akan tetapi persoalannya, akankah ia berjaya?

Adalah pelik yang Najib cuba menyelamatkan MAS dan pada masa yang sama menyelamatkan orang yang telah meletakkan MAS pada kedudukan tersebut.

Sesuatu yang besar sedang direncanakan. Ada yang berpendapat, ini adalah langkah awal Mahathir untuk membersihkan nama beliau sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya yang akan datang. Sekarang adalah masa kerja-kerja pembersihan itu perlu dilakukan.

Ada juga yang mengatakan bahawa perjanjian ini dilaksanakan kerana ia akan menjana keuntungan besar dan manfaat besar ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh geng UMNO yang sentiasa menunggu durian runtuh.

Apapun, ia adalah sesuatu yang menyedihkan untuk Mahathir yang sudah berusia 80-an, Menteri Kewangan beliau Daim Zainuddin, Najib yang suram dan isteri beliau Rosmahyang bercita-cita tinggi.

Tiada ulasan: