Isnin, 15 Ogos 2011

Puji negeri Cina dianggap pengkhianat, kata “balik Cina” OK

Dana Kay, Malaysia Chronicle


Rakyat Sarawak, terutamanya masyarakat Cina merasa bimbang yang kesejahteraan antara kaum di negeri itu berkemungkinan akan lenyap apabila sekiranya BN Sarawak menikut jejak langkah UMNO dengan menggunakan sentiment perkauman untuk kekal berkuasa.

Wong King Wei, yang mewakili Padungan, menggesa Speaker DUN untuk menyiasat Ahli DUN Tarat, Roland Sangah Wee Inn yang telah membuat kenyataan ‘Balik Negeri Cina”.

Semasa siding media, Wong menyeru Speaker dewan untuk mengambil tindakan terhadap kenyataan itu untuk mencegah ia daripada berulang lagi kerana komen sebegitu akan tersebar seperti penyakit berjangkit dalam masyarakt Sarawak yang berbilang kaum.

Kata Wong, kata-kata yang berunsur penghinaan ini telah menjangkit kepada rakyat di mana seorang guru berbangsa Dayak telah memberitahu sekumpulan pelajar lelaki untuk balik ke Negeri Cina kerana penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah.

Pengkhianatan dan mengikut jejak langkah UMNO

Roland telah menyebut kata-kata yang menyakitkan hati ini kepada Wong semasa sidang pada bulan Jun yang lepas, setealh Wong membuat perbandingan di antara infrastruktur China dengan Sarawak, Roland telah menyuruh Wong untuk kembali sahaja ke Negeri Cina.

Menurut Hansard yang bertarikh 29 Jun 2011, dalam hujah penggulungan beliau, Roland telah mengatakan “DAP telah menyifatkan kenyataan ini sebagai perkauman. Saya tidak rasa begitu kerana sekiranya anda memuji negara lain dan memperkecilkan negara sendiri, anda sebenarnya adalah seorang pengkhianat”.

Hairan dengan definasi “perkauman” Roland, Wong berkata bahawa Speaker seharusnya menunjukkan contoh yang baik dan sekarang, terpulanglah kepada pentadbiran Taib untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap isu tersebut. Akankah menggunakan cara UMNO dan menyemarakkan api perkauman atau mengambil langkah menapis orang seperti Roland hingga ke satu masa yang tidak ditetapkan?

Di sekolah pula, adakah pentadbiran Taib akan menghukum guru terbabit atau, mengambil langkah “pejam mata” seperti Muhyiddin Yassin?

“Datin Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri telah menyeru agar siasatan dilakukan oleh pengetua sekolah SMK Tun Abdul Razak setelah cerita tersebut tersebar di media. Saya tidak rasa kes ini akan disiasat. Ini kerana, sorang Ahli DUN telah mengutarakannya di dalam dewan dan beliau tidak pun dihukum. Kata Wong.

Hentikan perkauman sebelum ia menular

Wong menegaskan bahawa perlakuan ini hanya akan menyakitkan rakyat Sarawak di mana banyak berlaku perkahwinan antara kaum dan keharmonian yang telah ada selama ini. Beliau menggesa agar politik perkauman dihentikan segera. Tindakan juga harus diambil ke atas mereka yang menyuarakan kata-kata berunsur perkauman.

Minggu lepas, lima orang pelajar yang telah digantung sekolah kembali ke sekolah mereka untuk menyatakan sebab penggantunggan mereka. Mereka kemudiannya ditegur oleh seorang guru tingkatan 6 yang kebetulan lalu berdekatan mereka dengan kata-kata “ Budak-budak bodoh, kalau tak pandai cakap BM, balik negeri cina sahaja.”Pelajar-pelajar ini kemuadian menceritakan kejadian itu kepada guru yang lain.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen kemudiaannya menulis kepada Menteri Pelajaran dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab agar mengenakan hukuman yang sewajarnya kepada guru terbabit.

Yang anehnya, guru tersebut mempunyai ibu yang berketurunan Cina, manakala bapa Roland juga daripada Negeri Cina dan ibunya berbangsa Dayak. Kebetulan pula, sekolah dimana kejadian itu berlaku adalah dalam kawasan Roland, iaitu Tarat. Selepas kejadian tersebut, ibu bapa salah seorang pelajar itu telah pergi ke sekolah untuk mengadu akan hal tersebut dan guru itu telahpun memohon maaf.

Chong berkata bahawa itu tidak cukup. Guru tersebut seharusnya memohon maaf secara sukarela kepada semua ibu bapa dan kaum Cina kerana kebiadapan beliau. Dia juga harus berjanji kepada rakyat Sarawak bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi.

Kita semua orang Malaysia. Kenapa kita harus melayani orang lain dengan cara yang berbeza hanya kerana berbeza warna kulit. “ Kata Chong lagi.

Tiada ulasan: