Jumaat, 19 Ogos 2011

PKR T’ganu mahu tanding 3 kerusi Parlimen, 7 Dun

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Feris Musa keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diketahui bulan depan.



KUALA TERENGGANU: PKR Terengganu berhasrat bertanding tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Faris Musa keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diketahui bulan depan.

“Sehingga ini PKR dan PAS baru berbincang sekali dan belum ada sebarang keputusan muktamad mengenai perkara itu.

“Kita akan putuskan perkara ini pada bulan September,” katanya yang enggan menyebut kawasan yang akan ditanding oleh parti itu.

Faris bekas Timbalan Ketua AMK Pusat menjelaskan bagi kerusi Dun, PKR mensasarkan akan bertanding satu kerusi bagi setiap kawasan Parlimen.

Terengganu mempunyai tujuh kerusi Parlimen dan 32 Dun. Dari jumlah itu, BN memenangi 26 kerusi Dun dan 5 kerusi Parlimen.

Di peringkat rundingan

Dalam pilihan raya umum 2008, PKR bertanding dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dun tetapi kalah kesemuanya.

Faris menegaskan PKR berpotensi memenangi kerusi Parlimen Dungun dalam PRU ke 13 berdasarkan sokongan pengundi.

Dalam pilihan raya lalu, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin kalah kepada Matulidi Jusoh dari Umno dengan majoriti 5,000 undi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut ketika dihubungi berkata rundingan mengenai pembahagian kerusi antara PAS dan PKR masih dalam peringkat rundingan.

“Baru sekali bertemu tentulah belum ada ada keputusan lagi. Mungkin sekali dua lagi barulah tahu jumlah kerusi yang akan ditandingi kedua-dua parti,” katanya.

Tiada ulasan: