Sabtu, 20 Ogos 2011

Panel Parlimen: Pendirian terbaru Najib, Pakatan sangsi inisiatif Putrajaya


KUALA LUMPUR, — Pakatan Rakyat mula sangsi dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pusat diterajui Datuk Seri Najib Razak dalam membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ekoran kenyataan semalam bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa pilihan khas bersidang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merupakan salah seorang pemimpin yang terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri semalam.

Katanya, “sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?”

Petang semalam, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: