Selasa, 16 Ogos 2011

Pakatan sambut hambar cadangan PM tubuh Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Agak mengejutkan apabila Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas Parlimen untuk mengkaji sistem pilihanraya yang baru-baru ini menjadi punca kepada ketidakpuasan hati rakyat.

“Jawatankuasa Khas Parlimen ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat dan akan dianggotai pihak kerajaan dan juga pembangkang. Jawatankuasa ini akan membincangkan semua persoalan yang timbul mengenai reformasi dalam sistem pilihanraya supaya satu kata sepakat dapat dicapai. Saya, bersama ahli kabinet tidak mahu menjadi PM atau sebuah kerajaan yang tidak disokong oleh rakyat.” Kata Najib dalam ucapan beliau di sebuah majlis berbuka puasa Isnin lepas.

Bagi pihak Pakatan yang diterajui Anwar Ibrahim, pengumuman Najib ini diterima dengan penuh hati-hati kerana mengambilkira Najib sendiri telah berulangkali menekankan bahawa beliau akan mempertahankan kuasa di peringkat persekutuan menggunakan apa cara sekali pun termasuk “menghancurkan sesiapa”, “memusnahkan sesiapa” dan “pembersihan etnik”

“Kita tunggu dahulu maklumat-maklumat seterusnya. Janganlah kita terus terbawa-bawa akan hal ini.”Kata Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye kepada Malaysia Chronicle.

Mencipta ketenangan dan keseronokkan

Tiada jaminan bahawa jawatankuasa yang terdiri daripada kedua-dua kerajaan dan pembangkang ini akan mencapai satu keputusan yang adil, kata pemimpin pakatan. Merujuk kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam dan juga Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan yang baru-baru ini terlibat dalam penggantungan Anwar daripada Parlimen juga bersama 3 orang lagi ahli Pakatan, Karpal Singh dari Bukit Gelugor, Azmin Ali, Gombak dan Sivarasa Rasiah dari Subang.

Walaubagaimanapun, media milik UMNO cuba sedaya upaya mempromosikan cadangan tersebut sebagai sebuah konsesi besar memandangkan tindakan Najib dan polis yang agak keras terhadap mereka yang terlibat dengan Perhimpunan Bersih yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

Hampir 2000 penyokong perhimpunan tersebut telah di tahan dan tuduhan konspirasi komunis juga dilemparkan terhadap beberapa individu. Begitu juga dengan beribu yang cedera semasa perhimpunan pada 9 Julai dan seorang mati kesan daripada keganasan pihak polis.

Menurut beberapa penganalisis, kata-kata Najib ini dilihat sebagai satu tanda yang Pilihanraya Umum akan diadakan tidak lama lagi. Ia juga dilihat sebagai usaha ingin mencetuskan perasaan seronok dan selesa dikalangan rakyat.

Tiada lagi penapisan?

Selain daripada pengumuman terhadap jawatankuasa tersebut, Najib juga mengakui bahawa adalah tidak bermanfaat untuk menapis mana-mana media.

Setelah perhimpunan Bersih berlaku, Kementerian Dalam Negeri juga menapis sebuah laporan yang diterbitkan oleh majalah “The Economist” yang telah menarik minat masyarakat dunia.

“Cuma satu ayat sahaja yang ditapis, tetapi, penapisan itu telah menjadi berita yang sensani pula.” Kata Najib

Sekali lagi, tidak ramai yang berani bertepuk tangan atau melihat komen beliau sebagai permulaan dalam perubahan polisi. Yang sedihnya, PM kita dikenali dengan sikap cakap tak serupa bikin. Lain yang dijanjikan kepada maysarakat, lain pula yang dilakukannya.

“Sekiranya Najib benar-benar serius, beliau sepatutnya memansuhkan Akta Rahsia Rasmi dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan” Kata Lee lagi.

- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: