Jumaat, 5 Ogos 2011

Mahkamah Tinggi kekalkan bebas Mohamad Sabu

Harakahdaily


PULAU PINANG: Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang yang membebaskan Mohamad Sabu dari dakwaan menghalang tugas pejawat awam dalam kes polis pecah kereta beliau untuk menyerahkan waran tangkap.

Di samping bersetuju dengan keputusan mahkamah majistret bahawa waran tangkap yang dikemukakan polis kepada Mohamad Sabu cacat, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim juga berkata, pertuduhan juga cacat.

"Dengan pertuduhan yang cacat, tertuduh tidak perlu dipanggil membela diri," kata hakim dalam keputusannya menolak permohonan Ketua Pendakwaraya Pulau Pinang, Suhaimi Ibrahim agar mahkamah mengkaji balik keputusan Mahkamah Majistret Jawi yang membebaskan Mohamad Sabu Disember 2008 tanpa dipanggil membela diri.

Mohamad Sabu didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghalang pejawat awam menjalankan tugas.

Laporan lanjut menyusul.

Tiada ulasan: