Isnin, 8 Ogos 2011

Juvana simbol rakyat perlu bangkit!

Oleh JAMAL AWWAL

DALAM pada ketika hati puas menyertai ‘marathon’ dalam perhimpunan aman rakyat sehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBShEiXlJ1tDmFVR-87lvggjPh0-PLICsVlxMcoVQs9glGtW-X__Dwr2DBkpX4Qk1biCrmMLuN3i90VIe51MyQMzgM4oimiNK0oBAGNxG4QN1TljYsDFNWdccQpbURBmgiLkGKY388CGK0/s1600/poster+drama+JUVANA+tv3.jpgmangat penulis dan pastinya mereka yang peka akan melonjak tinggi lagi semasa menonton drama bertajuk ‘Juvana’ di TV3 dua hari selepas Bersih 2.0.

Sejak budak-budak juvana bikin onar di kaca TV lagi penulis menganggap drama bersiri itu sebuah karya yang sarat dengan mesej politik. Namun, dalam episod yang bersiaran pada 11 Julai lalu, elemen menyeru rakyat bangkit menentang penindasan begitu terserlah.

Analogi watak-watak dalam drama itu dengan realiti politik semasa Malaysia hari ini adalah seperti berikut: Daim itu rakyat yang berusaha berjuang; rakanrakan pasukan debat Daim itu simbol rakyat yang belum sedar akan penindasan senyap; Cikgu Zakiah itu pemimpin dalam Pakatan Rakyat; Pengawal Sekolah itu Polis; Botak itu Menteri Kementerian Dalam Negeri; Warden itu Barisan Nasional @ Perdana Menteri dan Dato’ itu simbol YDP Agong.

Pada minit ke-9:35 misalnya, warden telah bertindak merasuah pengawal keselamatan sekolah untuk mengawasi watak utama, Daim. Selepas babak itu terdengar lagu 1Malaysia versi Universiti Lim Kok Wing berbunyi berkumandang dengan lirik yang ketara didengar berbunyi ‘dunia telah berubah’.

Sudahlah terlibat dalam penyelewengan kuasa dan pecah amanah, warden itu juga tergamak tidak menyampaikan kisah sebenar kedudukan Daim yang tidak terlibat dalam kes bunuh ibunya kepada Dato’.

Samalah juga dengan segala 8 tuntutan Bersih 2.0 kepada YDP Agong yang turut disertai oleh puluhan ribu rakyat memenuhi seluruh jalan raya sekitar KL sebagai tanda sokongan padu kepada keadilan.

Najib telah bertindak menggagalkan desakan rakyat malah dengan bangganya pula menjadikan kesedihan rakyat itu sebagai bahan lelucon di hadapan orang Umno dalam sebuah perhimpunan khas pada keesokan harinya!

Maka benarlah kata warden apabila menjerit “Ini bukan sekolah! Ini PENJARA!” sebagai membidas kenyataan Cikgu Zakiah bahawa “Ini sekolah (Malaysia) ada peraturan!”. Babak tersebut benar-benar relevan dengan politik gelora politik tanah air pasca Bersih 2.0 apabila menyaksikan paparan bukti pihak polis dan FRU bertindak ganas dan kejam kepada rakyat yang tidak bersenjata!

Kemudian, babak Botak membelasah Daim dan rakanrakan debatnya dan diarah menjalani perintah berkurung tanpa air dan makanan membawa erti kebebasan rakyat disekat.

Namun, dalam paparan sambungan minggu depan semua pelajar di sekolah juvana itu akan sepakat bangkit menentang penindasan oleh sang penguasa! Ungkapan revolusioner: “Keadilan adalah dari Allah buat semua hamba-Nya yang ditindas!” telah dua kali diulang iaitu pada minit 9:10 dan 9:24! Jelas, drama Juvana ditangani secara sedar oleh mereka yang terlibat khususnya dalam penulisan skrip.

Inilah contoh karya untuk rakyat yang kita cari sebagai ‘makanan’ perjuangan rakyat! Tidak perlu babak tipikal lagi bebal seperti cinta sampai jiwa terpelantun apa lagi gaya hidup elit korporat yang keparat!

Tahniah penulis skripnya Alfie Palermo dan Pengarah, Faisal Ishak serta sudah tentu para pelakonnya tidak terkecuali mereka yang terlibat di belakang tabir. Setiap penggiat dan produksi drama atau filem punya peranan menyuntik kesedaran rakyat untuk bangkit menegakkan kebenaran!

Tiada ulasan: