Rabu, 24 Ogos 2011

Harapan Komuniti mesyuarat dengan MB esok

MALAYSIA KINI


Penganjur majlis makan malam amal di dewan bangunan Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), itu pada 3 Ogos lalu akan bertemu dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, esok untuk membincangkan kontroversi itu.

NONESumber dari pejabat MB dan penganjur itu, Harapan Komuniti mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mesyuarat itu akan diadakan di pejabat Khalid di Shah Alam esok.

Ia dikatakan sebagai sebahagian daripada rundingan majlis syura yang kini dinamakan semula sebagai 'jawatankuasa pendengaran' selepas mendapat bantahan daripada sultan Selangor.

Jawatankuasa tiga anggota itu terdiri daripada mufti negeri Datuk Tamyes Abdul Wahid, timbalannya Abdul Majid Omar dan Khalid sendiri.

Harapan Komuniti sebelum ini dalam satu kenyataan akhbar berkata makan malam di premis gereja itu adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu orang-orang miskin yang hidup melarat, kanak-kanak, wanita dan mereka yang dijangkiti HIV dan AIDS.

Majlis itu dihadiri oleh penderma, rakan-rakan dan mereka yang menerima sumbangan daripada NGO itu.

Kira-kira 120 orang, dari pelbagai latar belakang, menghadiri majlis makan malam, di mana hidangan itu disediakan oleh orang Islam, diikuti oleh persembahan tarian 1Malaysia, kuiz dan sesi perkongsian pengalaman peribadi oleh individu tertentu.

Tiada ulasan: