Sabtu, 20 Ogos 2011

CINCIN ROSMAH: ADA YANG NAK KENA SAMAN?

RONTOG DAILY

Jacob & Co, firma jam dan permata tersohor di New York yang dikaitkan dengan cincin berharga RM24 juta, yang kononnya dibeli oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor itu berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak tertentu bagi membersihkan reputasinya.

Demikian menurut gambaran yang diberikan oleh blogger pro-kerajaan, Apanama.

Sasaran tindakan undang-undang Jacob & CO itu dipercayai tidak lain daripada Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin a.k.a. Cikgu Bard.

Cikgu Bard merupakan orang yang mula mencetuskan isu cincin kontroversi itu dengan mendakwa Rosmah membelinya daripada firma tersebut.

Dakwaan itu bagaimanapun kemudian disangkal bukti-bukti yang diketengahkan oleh Apanama dan beberapa blogger lain, yang menunjukkan bahawa cincin berkenaan dibawa masuk bagi tujuan pameran dan telah dibawa keluar semula dari negara ini.

Rosmah sendiri turut menafikan dakwaan membeli cincin tersebut.

Tiada ulasan: