Isnin, 15 Ogos 2011

Chean Chung: Kekasaran pengawal Hentian Bus Pudu melampaui batas

Lee Chean Chung


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berpendapat bahawa kelakuan pengawal Hentian Bus Puduraya yang bertindak kasar terhadap peserta himpunan perkongsian pengalaman 709 di depan Hentian Bus Purudaya adalah penyalahgunaan kuasa dan melampau.

AJK KEADILAN Pahang Lee Chean Chung menyatakan bahawa Hentian Bus Puduraya merupakan tempat awam dan adalah mustahil bagi pengawal bertugas untuk menghalau dan bertindak kasar terhadap 15 orang masyarakat awam yang berhimpun di sana. Selain tidak menghormati kebebasan untuk himpunan, tindakan memukul orang sebahagian pengawal adalah melampaui batas.

"Apa yang paling melampau adalah tindakan pengawal yang menampar salah seorang peserta. Siapakah yang memberi kuasa kepada pengawal berkenaan untuk bertindak sedemikian? Adakah pengawal boleh bertindak sesuka hati melangkaui batas undang-undang?" Dengan ini, Chean Chung menyeru agar mangsa berkenaan mengambil tindakan sewajar agar siasatan polis dapat dibuat.

Di samping itu, Chean Chung juga menyeru orang ramai supaya peka terhadap penindasan dan keganasan yang dihadapi oleh kumpulan gerakan alam sekitar, umpamanya kumpulan anti-Lynas Kuantan dan anti-Cyanide Bukit Koman. Yang lebih membimbangkan adalah penindasan yang berterusan akan menjadi rintangan besar kepada perjuangan berkenaan untuk melindungi alam sekitar dan hak-hak penduduk setempat. Beliau menyenaraikan siri peristiwa yang menunjukkan bahawa tahap keganasan dan penindasan semakin meningkat:

  • Pada 31 Mei 2011, lebih daripada 100 orang yang menuntut sebagai penduduk Kuantan yang menyokong LYNAS membuat kecoh di Pantai Teluk Chempedak semasa kehadiran IAEA untuk membuat tinjauan tentang LYNAS. Kumpulan tersebut merampas kamera wartawan, bertindak kasar dan menghalau ahli kumpulan "Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" yang menghadirkan diri. Pihak polis yang hadir berpeluk tubuh tentang apa yang berlaku dan tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan tersebut yang memecahkan cermin kereta pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR), Andansura Rabu.
  • Pada 17 Julai 2011, 60 orang polis hadir di Taman Impian semasa KEADILAN menganjurkan ceramah anti-Lynas. Pihak polis mengganggu ceramah berkenaan dengan alasan tiada permit yang dikeluarkan. Apabila pihak polis diberitahu oleh Naib Presiden KEADILAN Surendran tentang Malaysia sebuah negara yang demokrasi, pegawai polis berkenaan menjawab, "Apa itu dengan demokrasi?" dan memberi amaran kepada Surendran agar "jangan buat kecoh".
  • Pada 8 Ogos 2011, ADUN Rawang, Gan Pei Nei dan penduduk Rawang yang menghadiri taklimat perkembangan anti-Cyanide Bukit Koman dihalang Polis apabila bertolak untuk melawat dan mengambil gambar di lombong emas tersebut. Salah seorang polis tanpa uniform mengugut bahawa mereka akan ditangkap jika tidak bersurai.


"Pihak polis dan pihak kerajaan yang sepatutnya melindungi orang awam daripada penindasan telah bertindak berat sebelah dalam kes-kes penindasan dan keganasan ini. Malahan tindakan polis yang mengganggu dan tidak membenarkan penganjuran himpunan dan ceramah adalah amat mengecewakan."

Chean Chung juga mengatakan bahawa, kini, rakyat sudah sedar tentang hak-hak kita dan tindakan-tindakan ganas sedemikan hanya akan menimbulkan bantahan serta tentangan rakyat. Oleh itu, Chean Chung menyeru bahawa masyarakat ramai jangan berputus asa apabila menghadapi rintangan sedemikan, tetapi lebih tabah dalam meningkatkan kesedaran orang ramai untuk melindungi tempat tinggal kita yang disayangi.

*Lee Chean Chung (gambar kiri) ialah Ketua Ranting Air Putih dan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Tiada ulasan: