Selasa, 2 Ogos 2011

BERSIH 2.0: Hantar kami bukti keganasan polis

MALAYSIA KINI

BERSIH 2.0 menetapkan Rabu ini sebagai tarikh terkhir bagi penyerahan bukti mengenai keganasan dan penggunaan kuasa melampau oleh polis pada perhimpunan 9 Julai lalu.

NONEGabungan itu bersama NGO, Suaram sedang mengumpul kes dan bukti bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kemudiannya akan mengadakan inkuiri awam berhubung dakwaan tersebut.

“Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan,” kata BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini.

Ia meminta peserta perhimpunan yang mengalami penderaan fizikal (seperti dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain) dan penderaan melalui kata-kata kesat serta mereka yang ditangkap atau ditahan, tampil memberi maklumat.

NONEAduan boleh dibuat dengan memberi maklumat di borang di dalam talian dan dihantar menerusi email kepada info@bersih.org dengan tajuk emel 9 Julai Kekerasan Polis atau faks kepada 03-7784 4978.

BERSIH 2.0 juga meminta peserta menghantar gambar dan video kejadian-kejadian berikut:

  • Keadaan ketika kematian arwah Baharuddin Ahmad
  • Penangkapan Muhammad Sabu
  • Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral
  • Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis
  • Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin
bersih rally july 9 crowd face-off with police 1“Pihak polis telah mendedahkan gambar-gambar yang dipilih dengan hati-hati untuk memburukkan perhimpunan itu. BERSIH 2.0 dan Suaram juga sedang mengumpul bukti-bukti gambar dan video.

“Kami menghargai semua yang berkongsi maklumat yang kredibel dengan kita. Tolong sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.”

Tiada ulasan: