Khamis, 18 Ogos 2011

Baru kini Najib sedar? Kerajaan Tidak Boleh Menyekat Media!

BULETIN ONLINE

Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan mengkaji semula tapisan terhadap media, setelah tindakan kerajaan ke atas The Economist mengenai perhimpunan BERSIH 2.0. telah memberi kesan buruk kepada imej negara. Beliau menyatakan perkara tersebut ketika majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama.

Sekarang baru beliau sedar zaman hari ini segala maklumat tidak boleh disembunyikan lagi. BN berada di dalam situasi yang berbeza ketika ini. PRU 13 BN akan menghadapi cabaran media baru seperti blog, twitter, face book semua ini menghantui BN. Zaman untuk BN hendak menipu rakyat seperti pengembala lembu yang memakai cermin mata hijau supaya lembu memakan rumput kering sudah berlalu.

Kerajaan BN mesti mengikut peredaran zaman dengan membenarkan semua parti pembangkang dapat akses dalam media perdana seperti tuntutan Bersih 2.0. Biarkan rakyat yang menjadi hakim setelah mendapat maklumat sebenar. Hentikanlah laporan berita yang berat sebelah, sedangkan pembangkang tidak dibenarkan untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan.

* Kenyataan media Ustaz Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Tiada ulasan: