Khamis, 4 Ogos 2011

Anak KM S'wak berdepan prosiding hina mahkamah

Hafiz Yatim


Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada Shahnaz A Majid untuk memulakan prosiding menghina terhadap bekas suaminya, yang juga anak lelaki Ketua Menteri Sarawak.

NONEIni ekoran kegagalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib untuk mematuhi tuntutan bekas isterinya, Shahnaz (kiri), berhubung perintah mengenai harta sepencarian, yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Jun.

Tiada tempoh masa ditetapkan dalam perintah tersebut. Bagaimanapun, Perintah 135 Prosedur Sivil Mahkamah Syariah menyatakan jika tiada tempoh masa diberikan, maka ia hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah tersebut.

Ekoran ianya tidak dipatuhi, maka prosiding menghina mahkamah akan didengar pada 12 September depan, setelah Hakim Mohd Amran Mat Zain membenarkan permohonan tersebut hari ini.

NONEPermohonan tersebut dibuat oleh peguam Dr Shahnaz Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader hari ini.

Shahnaz, yang merupakan kakak ratu jazz Sheila Majid, menuntut harta sepencarian bernilai RM400 juta.

Rafie berkata sudah lebih sebulan sejak sesi yang lalu dan mereka masih lagi belum menerima dokumen-dokumen yang perlu mengenai harta sepencarian tersebut.

Tiada ulasan: