Selasa, 16 Ogos 2011

Ambiga kpd Najib: Libatkan NGO dlm jawatankuasa, laksanakan 8 tuntutan

Stan Lee, Malaysia Chronicle


Pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan telah menyambut baik cadangan Perdana Menteri Najib Razak untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parliamen campuran untuk menangani isu reformasi dalam sistem pilihanraya. Beliau juga menyeru agar pihak NGO dijemput untuk bersama jawatankuasa ini.

Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam telah menekankan bahawa 8 tuntutan Bersih haruslah dilaksanakan sebelum PRU 13 yang dijangka berlaku tahun ini.

“Kami menyambut baik pengumuman Perdana Menteri ini. Ia merupakan respon positif terhadap keraguan rakyat mengenai proses pilihanraya,” beritahu Ambiga kepada Malaysia Chronicle.

“Saya percaya NGO harus dilibatkan dan 8 tuntutan Bersih diberi keutamaan dan dilaksanakan sebelum piliharaya ke-13 nanti. Cadangan untuk reformasi jangka panjang juga harus dikaji.”

Mudah untuk diimplimentasikan

8 tuntutan Bersih adalah pembersihan daftar pemilih, reformasi peti undi, penggunaan dakwat kekal, 21 hari minima untuk berkempen, akses yang adil dan bebas kepada media, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.

“Permintaan Bersih adalah mudah untuk dilaksanakan dan harapan kita pihak kerajaan akan melaksanakan cadangan ini untuk kepentingan rakyat yang jelas tidak selesa dengan sistem sedia ada,” kata Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Najib mengejutkan negara dengan secara tiba-tiba menyeru agar diwujudkan sebuah jawatankuasa khas Parliamen untuk mengkaji sistem pilihanraya.

“Jawatankuasa Khas Parlimen ini akan ditubuhkan dalam masa terdekat dan akan dianggotai pihak kerajaan dan juga pembangkang. Jawatankuasa ini akan membincangkan semua persoalan yang timbul mengenai reformasi dalam sistem pilihanraya supaya satu kata sepakat dapat dicapai. Saya, bersama ahli kabinet tidak mahu menjadi PM atau sebuah kerajaan yang tidak disokong oleh rakyat.” Kata Najib dalam ucapan beliau di sebuah majlis berbuka puasa Isnin lepas.

Bagi pihak Pakatan yang diterajui Anwar Ibrahim, pengumuman Najib ini diterima dengan penuh hati-hati kerana mengambilkira Najib sendiri telah berulangkali menekankan bahawa beliau akan mempertahankan kuasa di peringkat persekutuan menggunakan apa cara sekali pun termasuk “menghancurkan sesiapa”, “memusnahkan sesiapa” dan “pembersihan etnik”

"Mari kita tunggu dan lihat dahulu sebab saya pun agak ragu-ragu. Tapi saya setuju yang sekiranya jawatankuasa ini hendak menjadi lebih efektif, ia haruslah melibatkan pihak Bersih yang telah membawa kesedaran kepada rakyat terhadap hak asasi mereka untuk memilih mana-mana kerajaan yang mereka mahu," kata Ahli Parliamen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.


Tiada ulasan: