Khamis, 18 Ogos 2011

Aduan bapa Saiful dibawa pada ketua hakim

MALAYSIA KINI


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memanjangkan aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung perasaan tidak selesanya terhadap penangguhan kesnya kepada ketua hakim negara.

Sambil menegaskan akan terus memantau perkembangan kes itu, Setiausaha Suhakam Hashimah Jaafar berkata, pihaknya berharap perkara itu diteliti dan diambil tindakan sewajarnya.

azlanKatanya, tindakan itu diambil kerana Suhakam tidak dapat menyiasat aduan Azlan Mohd Lazim kerana prosiding yang masih berjalan di mahkamah, termasuk rayuan, di luar bidang kuasanya.

"Walaupun fungsi dan kuasa suruhanjaya adalah untuk menyiasat apa-apa aduan berhubung dengan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, namun begitu ingin dijelaskan bahawa fungsi dan kuasa suruhanjaya adalah tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999," katanya.

Pada 3 Ogos lalu, Azlan mengadu tentang perjalanan kes anaknya berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.

Beliau dilaporkan bercaya Mohd Saiful perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.

Dalam kenyataannya kelmarin, Suhakam turut menyangkal dakwaan bahawa suruhanjaya itu berat sebelah dalam menangani kes liwat yang didakwa terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah permohonan dibuat.

Tiada ulasan: