Isnin, 15 Ogos 2011

12 individu Muslim hadir beri keterangan

Kehadiran mereka bagi membantu siasatan kes penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.




SHAH ALAM: Seramai 12 individu Muslim yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika menghadiri majlis makan malam di

Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13, Petaling Jaya minggu lalu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Jais di sini hari ini.

Kehadiran mereka bagi membantu siasatan kes penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Difahamkan kenyataan mereka kini sedang direkodkan oleh pegawai bahagian pengurusan dan penguatkuasaan Jais yang bermula awal 10 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman Jais kepada FMT sambil berkata, proses merekodkan kenyataan kesemua individu terbabit masih berlangsung.

“Ya, 12 individu terbabit hadir dan memberikan kenyataan kepada pihak Jais hari ini,” kata sumber.

Sabtu lalu FMT melaporkan peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakil 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada Jais.

Tiada ulasan: