Jumaat, 22 Julai 2011

Siasatan insiden di Hospital Tung Sin dimula minggu ini

BERNAMA


Siasatan berhubung dakwaan bahawa gas pemedih mata telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu akan dimulakan dalam tempoh seminggu lagi.

NONEMenteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan oleh kementerian itu akan mempercepatkan siasatan yang akan bertumpu kepada pihak hospital, doktor dan pesakit.

"Saya telah mengarahkan ketua setiausaha kementerian untuk menjalankan siasatan, kita akan percepatkan (pelaksanaan siasatan). Ketua setiausaha kementerian telah mengadakan mesyuarat dan menggariskan terma-terma rujukan dan pelaksanaan (siasatan akan dimulakan) dalam seminggu dua ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik Kesihatan Buntong di Ipoh hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Liow turut menjelaskan bahawa siasatan jawatankuasa kementerian itu tidak akan bertindih dengan skop siasatan polis yang juga menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

NONE"Kita akan pastikan tiada pertindihan, di mana kita buat siasatan melalui pandangan hospital, menjaga keselamatan hospital dan pesakit manakala polis daripada aspek orang ramai iaitu aspek keselamatan secara keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata Kabinet turut mengambil berat tentang perkara berkenaan.


Tiada ulasan: