Rabu, 20 Julai 2011

Penjenamaan semula penguatkuasa Jais

Harakahdaily


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan penjenamaan semula bahagian penguatkuasa agama jabatan itu dengan melancarkan logo dan pakaian seragam baru.

Menurut pengarahnya, Marzuki Hussin, penjenamaan semula ini sebagai langkah memperkasa pelaksanaan undang-undang Islam di Selangor dan meningkatkan semangat kakitangannya.

“Pada hari ini sekali lagi menyaksikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakarkan satu sejarah dalam kemantapan institusi yang menguruskan hal ehwal Islam di Selangor dengan adanya pakaian seragam dan penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasaan Jais.

“Secara umum masyarakat mengetahui kewujudan bahagian penguatkuasaan namun seolah-olah tidak jelas dan kurang difahami masyarakat.

“Oleh yang demikian Jais mengharapkan dengan penjenamaan semula Bahagian penguatkuasaan Jais ini anggitan Bahagian Penguatkuasa JAIS akan mudah dikenali oleh masyarakat,” kata beliau pada majlis perhimpunan bulanan dan perasmian logo dan pemakaian seragam pegawai penguatkuasa agama Jais.

Tambanhya, pakaian seragam ini diwajibkan kepada semua pegawai sepanjang waktu bertugas setiap hari kecuali diarahkan sebaliknya dari semasa ke semasa.

Selain itu, jika berlaku kemungkaran di kawasan kejiranan di Selangor, orang awam boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasa JAIS melalui talian hotline 1-800-88-2424.

Pegawai bertugas akan merekodkan aduan yang dibuat dan akan bertindak melalui aduan tersebut.

1 ulasan:

Abgcengkih berkata...

Rebranding atau tidak amar maaruf nahi mungkar sejujurnya.

Hingga saat ini JAIS tidak bertindak terhadap JUDI JACKPOT kolam pancing yang penagihnya rata rata orang islam.

Sehingga kini juga mungkar pendedahan aurat mahupun mengabaikan solat tidak mendapat perhatian dari segi penguatkuasaan berbanding hal khalwat, duit (zakat)dan isi perut (puasa).

Tunggu dan lihat, semoga mencapai falah!