Jumaat, 8 Julai 2011

PENGUMUMAN: Lintas langsung Bersih 2.0 dari KeadilanDaily


KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: KeadilanDaily – portal berita rasmi KEADILAN akan membawakan pembaca, paparan berita secara langsung dari lokasi Himpunan Bersih 2.0 dengan menempatkan ramai wartawan dan jurugambar di beberapa lokasi terpilih.

Untuk memudahkan capaian maklumat dari lokasi, pembaca khususnya pengguna twitter dan facebook digalakkan ‘follow’ @keadilandaily atau mengikuti http://www.facebook.com/KeadilanDaily.


Pada masa sama, berita semasa terus dimuatkan dalam portal KeadilanDaily seperti biasa.

Jika KeadilanDaily dilanda masalah, sama ada kesesakan trafik atau kemungkinan serangan pihak tertentu atau digodam yang kerap berlaku kebelakangan ini, laman web alternatif disediakan iaitu http://keadilandaily.wordpress.com.

Tiada ulasan: