Ahad, 17 Julai 2011

Penarik kereta dakwa ditampar ketika buat aduan

BERNAMA


Seorang penarik kereta mendakwa ditampar tanpa sebab oleh seorang pegawai polis ketika sedang membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Maran mengenai kejadian keretanya yang disamun.

Muhamad Darul Adzuha Muhamad Darawi, 29, berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang Rabu lepas, bahagian belakang kepalanya ditampar pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan di hadapan beberapa anggota polis lain di pejabat pertanyaan balai tersebut.

Dakwanya, pegawai polis itu kemudian mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di IPD berkenaan sebelum beliau sekali lagi ditampar di bahagian pipi kirinya, katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.


Tiada ulasan: