Ahad, 10 Julai 2011

Najib syukur himpunan Bersih tak bawa kesan serius

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA TERENGGANU — Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa syukur perhimpunan haram yang berlangsung di ibu negara hari ini tidak berakhir dengan kesan serius kepada rakyat dan juga harta benda.

Perdana Menteri berkata beliau juga bersyukur kerana sebahagian besar rakyat khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang tidak menyertai perhimpunan haram itu, membuktikan mereka tidak menyokong demonstrasi jalanan.

“Mereka (yang tidak menyertai perhimpunan haram) merupakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, dan mereka juga telah terima nasihat yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor dan juga kerajaan.

“Saya ingin ucap tahniah kepada pasukan keselamatan khususnya polis yang telah bertindak untuk menyuraikan perhimpunan itu dengan sebaik-baiknya dan saya berharap apa yang telah berlaku hari ini dijadikan iktibar kepada rakyat Malaysia,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib ditemui selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia di StadiumNegeri di sini, hari ini.

Tiada ulasan: