Selasa, 12 Julai 2011

Keputusan Undian Bersih 2.0 di stadium

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Keputusan undian tajuk Harakah ‘Bersih 2.0 di stadium’ berada pada tahap 91.75 peratus atau 745 daripada 812 undian bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 55 undian (6.77%) yang tidak bersetuju dan juga 12 undian (1.48 %) yang berkecuali.

Didapati jumlah populariti yang mengundi jtidak banyak berbeza berbanding dengan tajuk sebelum ini, Tidak Berganjak pada tahap 93.95 peratus tetapi jumlah yang mengundi meningkat hampir 2 kali ganda.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Mulai hari ini, undian dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah wajarkah perkataan ‘Bersih Akur UMNO Derhaka’ ekoran Titah yang Dipertuan Agong tidak dihiraukan kerajaan BN digunakan sebagai tajuk berita utama.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Tiada ulasan: