Isnin, 4 Julai 2011

Inkues Sarbaini bermula, 30 saksi akan dipanggil

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Inkues berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbaini Mohamed bermula pagi ini dengan pegawai pengendali dari Jabatan Peguam Negara berkata seramai 30 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mohd Ahmad Sabri berkata seramai 77 saksi telah disapina dan daripada jumlah itu 30 orang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Ahmad Sabri dibantu oleh Azlina Rosli dan Nor Amalina Ismail manakala Suruhanjaya Pencegahan Rausah Malaysia (SPRM) pula diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Fadzillah Mohd Ossman.

Keluarga Allahyarham Sarbaini pula diwakili oleh Awtar Singh Gill dan Norhayati.

Inkues dijadual akan berlarutan sehingga 15 Julai ini.

Balu Sarbaini, Maziah Manap merupakan saksi pertama inkues.

Prosiding sedang mendengar keterangan Maziah dan ia akan disusuli dengan kunjungan ke rumah mereka di kuarters Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.

Dia antara lain memberi keterangan mengenai aset dan perkembangan sejak 1 April lalu, lima hari sebelum Sarbaini ditemui mati di premis SPRM di Kuala Lumpur.

Maziah berkata mereka mempunyai sebuah rumah di Saujana Impian, Selangor dan tiga kereta.

Tiada ulasan: