Ahad, 10 Julai 2011

FRU lepaskan gas pemedih ke atas Ambiga, pemimpin Pakatan

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Polis melepaskan gas pemedih mata ke atas ketua Bersih 2.0 dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang memulakan pergerakan mereka dari KL Sentrak ke arah Stadium Merdeka petang semalam.

Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga ditahan di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga ditahan.

Seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah juga ditahan.

Turut ditahan ialah Naib Presiden PKR Tian Chua, yang juga Ahli Parlimen Batu.

Terdahulu mereka, dengan dikelilingi ratusan penyokong mereka, dengan bergandingan tangan, meninggalkan Hotel KL Hilton di kawasan KL Sentral sekitar 2 petang tadi. Mereka berkumpul di hotel itu sejak tengah hari .

Tiada ulasan: