Selasa, 12 Julai 2011

Dr Jeyakumar PSM dirawat di IJN

Kuek Ser Kuang Keng


Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar telah dibawa ke Pusat Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas mengadu mengalami masalah degupan jantung.

penang psm dinner 181210 jeyakumar devarajDalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia
(PSM), S Arutchelvan berkata Jeyakumar (kanan) telah dibawa ke IJN pada hari Sabtu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari.

Ini adalah kali kedua aktivis veteran politik dan sosial itu dibawa untuk mendapat rawatan perubatan sejak ditahan di Pulau Pinang pada 26 Jun, bersama dengan 29 ahli dan penyokong PSM sewaktu siri jelajah kempen 'Udah La Tu ... Bersaralah' anjuran parti itu.

"Kami mengesyaki keadaan beliau adalah disebabkan tempoh soalsiasat yang panjang oleh Cawangan Khas," kata Arutchelvan.

"Tahanan lain turut memberitahu pengalaman yang serupa kerana pihak polis cuba memaksa mereka mengaku perkara yang mereka tidak lakukan," dakwanya.

Isteri Jeyakumar, R Mohana Rani memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan melawat suaminya esok.

"Mereka telah melakukan ujian dan beliau berada di bawah pemerhatian tetapi beliau stabil sekarang," katanya sambil menambah suaminya mengalami masalah degupan jantung (palpitations) semasa dalam tahanan, mungkin akibat tekanan.

Menurutnya, Jeyakumar telah menjalani angioplasti 10 tahun lalu tetapi sejak itu tidak pernah mempunyai sebarang masalah.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan: