Ahad, 17 Julai 2011

DAP: Dedah laporan OK, tapi kontroversi Teoh tak akan lenyap


KUALA LUMPUR— Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyambut baik keputusan Kabinet yang memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock tetapi mengingatkan langkah itu tidak akan memadamkan kontroversi dua tahun.

Malah Lim juga mengingatkan kerajaan bahawa masih belum dapat dipastikan sama suruhanjaya diraja benar-benar telah menemui persekitaran dan punca yang membawa kepada kematian Teoh pada Julai 2009.

“Kita masih perlu mengkajinya (penemuan inkuiri),” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa laporannya akan diumumkan kepada publik.

Tiada ulasan: