Khamis, 14 Julai 2011

Cakna Rakyat dapat sokongan pelbagai kaum

Salmah Mat Husain


TANAH MERAH: Penat lelah aktivis program Cakno Rakyat 2010 berbaloi apabila pemenang program itu dibawa melawat Kedah dan Pulau Pinang bermula hari ini.

Seramai 200 peserta dari lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menang Anugerah Cakno Rakyat 2010 berlepas ke Pulau Pinang pagi tadi.

Dun terbabit iaitu Semerak, Limbongan, Kok Lanas, Bukit Panau dan Kadok. Mereka berlepas dari Taman Harmoni, Tanah Merah ke Pulau Pinang. Acara pelepasan dilakukan anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood.

Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Aziz Yunus berkata, setiap Dun menghantar 40 peserta menyertai lawatan itu bermula hari ini hingga 17 Julai.

Katanya, program tersebut turut disertai setiap wakil rakyat kawasan terbabit.

”Peserta Cakna Rakyat dijangka diraikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya di sini.

Kata beliau pelbagai program diatur sepanjang lawatan itu bagi membolehkan setiap peserta menimba pengalaman baru dan bertukar pandangan dengan pemimpin kerajaan di Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau juga berkata, program Cakno Rakyat yang mula diperkenal tahun lalu mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya program diadakan bermula pagi sehingga malam. Di sebelah pagi diadakan majlis penyampaian sumbangan Adun kepada penduduk miskin, golongan armalah, anak yatim dan warga emas.

Manakala pada sebelah malam diadakan persembahan hiburan alternatif.

Tiada ulasan: