Jumaat, 8 Julai 2011

‘Badan kerajaan tidak boleh saman fitnah’- peguam Ranjit Singh

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Badan-badan kerajaan seperti Felda sebenarnya tidak boleh menyaman fitnah mana-mana pihak kerana ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana badan kerajaan dalam dunia sebelum ini.

Demikian dinyatakan peguam Ranjit Singh yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Displin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong dalam kes saman terhadap beliau oleh Felda Global Venture Holdings.

“Felda yang merupakan badan kerajaan sememangnya tidak boleh menyaman mana-mana akhbar atas isu fitnah.”

“Sebagai contoh dinegara seperti Hong Kong, Zimbabwe dan Australia bahawa perkara saman mengenai fitnah oleh badan kerajaan tidak berlaku” kata Ranjit Singh kepada KeadilanDaily.com

Menurut Ranjit, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof akan mengumumkan keputusan pada Isnin, 11 Julai ini samada kes saman Felda terhadap Dr Tan itu dibenarkan atau pun tidak.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mantan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, Editor Suara Keadilan pada masa itu Dzulkarnain Taib dan wartawannya, Rusnizam Mahat.

Akhbar Suara Keadilan didakwa kononnya meyiarkan artikel berunsur fitnah pada 22 Jun 2010.

Pada 25 Januari lalu pula, Felda memfailkan saman terhadap Dr Tan, yang menyertai KEADILAN pada 6 September 2008 atas dakwaan memfitnah melibatkan artikel yang sama.

Felda mendakwa kononnya Tan mengeluarkan kata-kata fitnah tersebut semasa beliau ditemuramah oleh seorang wartawan Suara Keadilan, Faizal Zakaria beberapa hari sebelum 22 Jun 2010.

Tiada ulasan: