Jumaat, 17 Jun 2011

Zulnordin 10-11 sejak jadi keldai UMNO... ‘ikan siakap, ikan kerapu’

UTARA ONLINE

Berkata Zulnordin 10-11 yang tak pernah lawat kawasan sejak jadi MP Kulim Bandar Baharu, “kalau demokrasi tak adil takkan mereka (PR) boleh menang di lima negeri.” Apa yang diucap oleh Zulnordin 10-11 ialah apa yang diucapkan oleh SPR serta para pemimpin UMNO Be End.

Bagi mereka ukuran demokrasi itu adil atau tidak ialah sama ada pembangkang boleh menang kerusi atau tidak. Jika pembangkang boleh menang jugak walaupun satu kerusi maka sah demokrasi adil tapi kalau pembangkang kalah semua kerusi, tak menang sekerat pun... itu baru tak adil.

Adil atau tidak dalam amalan demokrasi, berlaku semasa pelaksanaan bukan selepas keputusan. Adilkah demokrasi di Malaysia jika:

1. BN boleh ceramah dan kempen siang malam dalam tv, terutama RTM yang jadi milik semua rakyat. Kempen mereka boleh sampai ke setiap rumah, asal orang tu tak pekak, semua boleh dengar. Sedangkan pembangkang nak ceramah payah nak dapat permit, kena buat di markas, takboleh tempat terbuka, tak boleh Anwar Ibrahim dan macam-macam lagi.

2. BN boleh kempen dalam semua media utama bercetak, sedangkan pembangkang terhad. Harakah dan Roket untuk ahli sahaja, Suara Keadilan diharamkan terus, akhbar-akhbar bebas semua ditekan.

3. BN boleh guna jentera kerajaan untuk kempen, guna peruntukan kerajaan bagi rasuah sewaktu pilihanraya, guna pentas kerajaan untuk kempen politik, guna cawangan Khas Bukit Aman untuk sebar propaganda dan macam-macam lagi.

4. BN boleh masukkan sewenang-wenangnya pengundi luar (Sabah) dan warga asing (bagi IC) seperti yang berlaku di Selangor guna Jabatan Pendaftaran dan SPR, sedangkan nama yang didaftarkan melalui parti politik PR banyak yang ditolak.

5. Undi pos diadakan kononnya polis dan tentera kena jaga keselamatan negara tak sempat pi mengundi. (Tentera kena pi perang lawan komunis?)

6. (Banyak lagi... tapi ambik 5 tu dulu)

Rakyat Malaysia yang menuntut keadilan dalam pilihanraya akan berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini dalam perhimpunan yang dinamakan Bersih. Zulnordin 10-11 kata itu perhimpunan yang dipimpin oleh puak-puak anti Islam..Pulak dahh! Apa kena mengena tuntut pilihanraya bersih dengan anti Islam?

Teruk sungguh budak Zulnordin 10-11 ni, sejak jadi keldai UMNO Be End bercakap macam tok wan dia Doktot Mahadet.. ikan siakap ikan kerapu, makin bercakap makin merapu.

Tiada ulasan: