Selasa, 7 Jun 2011

Undian segera Membangun Negara Berkebajikan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, undian sedang dilakukan terhadap tajuk mukadepan Harakah, wajarkah perkataan "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN" digunakan sebagai tajuk berita utama.

Sejauh mana popularnya tajuk ini yang merupakan tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar ke-57 yang baru berakhir semalam digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari ini, hari ini dan esok. Manakala pada hari Sabtu nanti, kita akan mengundi tajuk lain pula.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sementara itu populariti undian bagi tajuk "TARIF BARU JERUT RAKYAT" mencatat sekadar 122 undian sahaja berbanding dengan seramai 385 undian telah diperolehi terhadap tajuk edisi sebelum ini.

Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Keputusan undian bersetuju bagi tajuk "TARIF BARU JERUT RAKYAT" meningkat kepada tahap 90.98 % atau 111 undian berbanding dengan 9 undian sahaja atau 7.38 % sahaja yang tidak bersetuju dengan tajuk tersebut.

Terdapat 2 undian atau 1.64 % pula yang memilih tidak pasti dengan tajuk tersebut sesuai digunakan sebagai tajuk utama.

Tiada ulasan: