Jumaat, 17 Jun 2011

Serangan penggodam perlu dijadikan pengajaran - Joseph Salang

BERNAMA

CYBERJAYA — Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan perlu dijadikan pengajaran oleh semua pihak termasuk pengendali laman web dan penggguna internet supaya tidak memasukkan semua maklumat penting dalam dunia siber.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, serangan siber itu menunjukkan bahawa pengguna internet tidak lagi mempunyai privasi yang boleh melindungi butiran peribadi mereka.

“Mengikut apa yang terjadi, kita tidak lagi mempunyai privasi dan keselamatan yang boleh disembunyikan lagi.

“Jadi sebagai pengguna internet dan pengendali laman web kita kena berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Multimedia Degree Showcase Imaginautical 2011’ di Fakulti Multimedia Kreatif Universiti Multimedia di sini, hari ini.

Tiada ulasan: