Isnin, 27 Jun 2011

Pinjaman RM6 Bilion : ANAK Lapor Polis, Segera Siasat FELDA

Ditulis oleh zeanaaima



SEREMBAN : Pihak berkuasa diminta menyiasat pinjaman RM6 bilion dibuat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, pinjaman berkenaan mengejutkan banyak pihak terutama warga Felda diseluruh negara.

"Jumlah pinjaman itu agak besar dan kita tidak tahu kemana ia akan disalurkan. Malah perkara ini tidak pernah dibentangkan di Parlimen.

"Kami tidak faham kenapa FELDA memerlukan pinjaman berkanaan kerana kerajaan sentiasa menguar- uarkan kedudukan kewangan agensi terbabit yang memiliki aset kira- kira RM19 bilion adalah kukuh," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abd Ghani yang turut hadir berkata, KWSP bertanggungjawab tampil memberi penjelsan kepada semua pencarumnya berhubung pinjaman kepada FELDA itu.

Dalam pada itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ANAK dilihat suba mempolitikkan pinjaman berkenaan.

Tiada ulasan: