Sabtu, 18 Jun 2011

Pilihanraya masjid tangguh, UMNO dah kata batal

PASPB



SHAH ALAM - Pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 di Pulau Pinang menerusi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini tidak dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguh ke tarikh lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim berkata Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan pilihan raya berkenaan ditangguh dan bukan dibatalkan sebagaimana yang dilapor oleh media arus perdana.

"Pagi tadi pihak Tuanku Agong telah memangil Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama Tuan Yang Terutama Tun dan telah memutuskan atau bertitah iaitu pemilihan masjid yang akan bermula esok supaya ditangguhkan.” kata Malik.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan esok dan Ahad ini sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Menurut Abdul Malik, Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan bermesyuarat minggu depan untuk berbincang dan memutuskan persoalan yang berbangkit mengenai keadah pilihanraya untuk menentukan kariah masjid bagi sessi 2012-2013.

“Majlis Agama akan mengadakan mesyuarat untuk berbincang titah tuanku,” dan memberikan keputusan rasmi.

Sementara itu, ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa kesal dengan tindakan Umno memperalatkan media arus demi untuk menghalang rakyat daripada mendapat maklumat mengenai kebaikan sistem pilihanraya untuk memilih kariah masjid.

"Umno telah menggunakan isu ini tanpa memberi keadilan kepada kami untuk memberi penjelasan dan penerangan yang boleh dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Pulau Pinang," kata beliau.

"Oleh kerana tekanan-tekanan politik dan desakan-desakan yang digunakan oleh Umno melalui media-media perdana tidak ada ruang untuk kami nak jawab, tidak ada ruang untuk kami nak perjelaskan sehingga ia telah terbentuk dalam minda orang ramai bahawa pemilihan terbuka telah menimbulkan satu persepsi yang buruk dan dengan itu Yang DiPertuan Agong terpaksa campur tangan," tambah beliau.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu setelah BN ditumbangkan di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang.

34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Kerajaan negeri berkata pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tiada ulasan: