Selasa, 28 Jun 2011

MB: Selangor sedia RM1.5b Bajet 2012

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion dalam Bajet 2012 dengan memberikan penekanan pada program-program kebajikan di negeri ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM700 juta akan diperuntukkan untuk program kebajikan yang antara lain bertujuan merapatkan jurang ketidakseimbangan pendapatan di Selangor.

“Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang pendapatan yang nampaknya semakin membesar di Malaysia. Pembangunan untuk golongan yang berada mesti diteruskan, tetapi kami bertekad penuh untuk memastikan bahawa golongan miskin tidak terus terperangkap dalam lingkaran miskin,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama Online.

Pengumuman itu dibuat oleh Khalid semasa merasmikan Dialog Bajet Negeri Selangor di Subang Jaya hari ini.

Tiada ulasan: