Khamis, 2 Jun 2011

Komitmen PR Tarik Orang Asal Sertai DAP

TVS NEWS


IPOH : Peguam orang asal pertama di Malaysia, Amani Williams-Hunt Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bah Tony, 58 tahun menyertai parti DAP hari ini selepas melihat Pakatan rakyat memberikan sepenuh komitmen untuk membela nasib orang asli khususnya di Perak.

Beliau memilih DAP kerana yakin terhadap rekod parti itu memberi keadilan kepada semua kaum dalam memajukan Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Saya menyertai DAP kerana saya lihat kebaikan dan ketelusan mereka memerintah seperti di Pulau Pinang. Mereka juga melakukan proses demokrasi yang baik dan adil kepada semua rakyat. Di Perak orang Asli amat gembira dengan Pakatan Rakyat yang ikhlas membantu mengenai masalah tanah mereka," kata Bah Tony dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.

Bah Tony yang pada 21 Mei 1953 di Selayang Selangor. Beliau melanjutkan pelajaran ke Chicago, Amerika Syarikat dan memiliki ijazah dalam bidang ekonomi dan undang-undang.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengalu-alukan kemasukan Bah Tony ke dalam DAP dan yakin peguam itu cukup kelayakan untuk membantu DAP menjayakan agenda membela rakyat.

"Bah Tony memang layak. Kita akan lihat apa peranan yang boleh dimainkan beliau di (DAP Perak). Kalau kita tubuhkan Kerajaan Negeri, dia juga boleh menyelia mengenai tanah orang Asli bagi memastikan pembahagian tanah adil. Beliau lebih dari layak untuk menjadi calon. Seperti apa yang saya kata, DAP terbuka untuk semua," kata Ngeh.

Tiada ulasan: