Khamis, 2 Jun 2011

Jamuan kumpul dana Ops Scorpene di P. Pinang & KL, 21 & 23 Julai

KEADILAN DAILY



Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan Ops Scorpene bagi mengumpul dana membiayai kos guaman perbicaraan kes rasuah pembelian dua kapal Selam yang bermula Julai ini.

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya menetapkan sasaran RM 100,000 melalui pembelian tiket minum petang 21 Julai di Pulau Pinang dan makan malam 23 Julai di Kuala Lumpur.

Katanya, William Bourdon, peguam yang mewakili Suaram bagi kes itu akan menjadi tamu khas yang akan memberi taklimat perjalanan kes dan sistem perundangan di Perancis.

“Kami menyeru semua parti politik, NGO dan orang perseorangan memberi sokongan,” katanya.

Sumbangan cek boleh dibuat atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd atau Hong Leong Bank di akaun nombor 0300-0065-200. Maklumat tiket boleh diperoleh dengan melayari www.suaram.net.

Cynthia berkata, siasatan kes kini memasuki peringkat perbicaraan terbuka di mahkamah Perancis dan mana-mana individu dari kerajaan Malaysia boleh disapina untuk memberi keterangan.

“Siasatan dimulakan beberapa minggu dari sekarang. Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberi kepada syarikat Perimekar.

Beliau berkata, hakim dan pendakwaraya akan dilantik Mahkamah Kebangsaan Perancis manakala siasatan lebih terbuka dengan semua bukti didedah di mahkamah.

“Perbicaraan ini akan membongkar pihak mana memberi komisen sama ada pihak di Malaysia atau Perancis,” katanya.

Tiada ulasan: