Isnin, 13 Jun 2011

Editor kanan Bernama meninggal dunia

BERNAMA


Editor Bernama.com, Izham Shuhaimi Ahmad, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira 4.30 petang tadi akibat barah esofagus.
Allahyarham berusia 56 tahun.

Kakak Allahyarham Hajah Mafuzah Ahmad berkata Allahyarham meninggal dunia setelah tiga bulan menghidapi sakit berkenaan.

"Pada awal April lepas baru Allahyarham tahu beliau mengidap penyakit itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menjalani rawatan Ahad lepas.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman ibunya di No 23, Jalan 8, Taman Gombak dan akan dikebumikan sebelum solat Zohor esok.

Allahyarham yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarjana Sains Sukan dari UiTM dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysian (UUM) telah berkhidmat 30 tahun dengan Bernama.

Tiada ulasan: