Jumaat, 24 Jun 2011

Alam Flora: Pemuda PAS sokong MB Selangor

Harakahdaily


SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas penegasan tidak tunduk kepada tekanan pihak Alam Flora yang telah mendapat semakan penghakiman mencabar keputusan kerajaan negeri Selangor meminta PBT mengambil alih kerja kerja-kerja pembersihan yang ketika ini dilakukan oleh Alam Flora.

Pihak Alam Flora telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang kerajaan negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi kerja-kerja pembersihan.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Hasbullah Mohd Ridzwan bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar bahawa tindakan Alam Flora berniat jahat dan cuba untuk mensabotajkan agenda kerajaan mensabotajkan negeri di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat pembayar cukai di negeri ini.

Menurutnya, Alam Flora sebelum ini juga telah gagal di dalam melunaskan tanggungjawab mereka untuk memberikan perkhidmatan pengurusan air yang terbaik kepada rakyat Selangor.

Justeru, Pemuda PAS negeri berharap semoga Kerajaan Negeri Selangor akan terus mempertahankan prinsip untuk membela rakyat dan tidak akan tunduk dengan tekanan mana mana-mana pihak yang cuba untuk “membuli” dan menzalimi rakyat.

“Pemuda PAS Selangor berdiri teguh menyokong tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan saman balas terhadap pihak Alam Flora bagi menunjukkan ketegasan kerajaan negeri untuk tidak berkompromi terhadap sebarang agenda yang akan membebankan rakyat negeri Selangor,” katanya.

Tiada ulasan: