Jumaat, 27 Mei 2011

MT Umno petang ini dijangka fokus simulasi PRU-13

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA — Simulasi pilihan raya ‘olok-olok’ yang berkait rapat dengan persediaan parti bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 dijangka akan menjadi topik utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan bersidang petang ini.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan awal minggu ini tetapi ditangguhkan kerana Datuk Seri Najib Razak berada di luar negara.

Mesyuarat hari ini berkemungkinan besar akan membincangkan mengenai tarikh untuk mengadakan pilihan raya ‘olok-olok’ itu di semua bahagian di seluruh negara, yang dijadualkan pada Julai depan, lapor Bernama Online.

Najib, yang juga perdana menteri dan presidern Umno, yang pulang daripada lawatan kerja ke Jepun semalam akan mempengerusikan mesyuarat itu.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijangka akan membentangkan kertas kerja berkenaan langkah itu.

Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa isu pilihan raya olok-olok itu telah dibincangkan pada mesyuarat pengurusan Umno minggu lepas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Tiada ulasan: