Selasa, 10 Mei 2011

Dua ADUN Umno keluar dewan kerana 'dibuli'

Susan Loone


Dua ADUN Umno bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini selepas mereka mendakwa tidak diberi peluang untuk bertanya soalan sewaktu seorang exco menyampaikan ucapan.

NONEKedua-duanya keluar tanpa mencetuskan sebarang kekecohan dan dilihat menikmati minuman teh, sebelum mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara tersebut.

Pertama meninggalkan Dewan ialah Datuk Arif Shah Omar Shah
(BN-Seberang Jaya) yang keluar dengan mendapat kebenaran speakar Abdul Halim Hussein, yang membenarkan beliau berbuat demikian.

Ini diikuti oleh Jasmin Mohammed (BN-Sungai Dua), yang kelihatan kecewa kerana permintaannya untuk berucap semasa sesi tersebut, telah ditentang oleh ADUN DAP.

Mereka keluar ketika exco atas kesihatan, kebajikan, masyarakat penyayang dan persekitaran, Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) menggulung ucapan Yang di-Pertua Negeri.

Semua itu berlaku sewaktu perdebatan hangat mengenai klinik 1Malaysia di Pulau Pinang yang dibiayai kerajaan pusat.

phee boon poh 140708Phee mencabar penubuhan klinik-klinik tersebut, dan menyifatkannya
sebagai satu pembaziran sedangkan sudah terdapat klinik-klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan yang sesuai kepada orang ramai.“Ia seolah-olah slogan 1Malaysia lebih penting daripada perkhidmatan kesihatan untuk rakyat,” katanya.

Phee turut mengkritik pihak berkuasa persekutuan kerana didakwanya tidak berupaya untuk menguruskan sistem jagaan kesihatan negara.


Tiada ulasan: