Isnin, 9 Mei 2011

Dr M: Perpecahan kaum tebal, Najib hanya perlu panggil PRU 2012

KUALA LUMPUR— Datuk Seri Najib Razak hanya wajar mengadakan pilihan raya umum tergempar tahun depan memandangkan perpecahan kaum di negara ini semakin tebal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan rayanya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tambahan empat negeri.

“Ia (pilihan raya umum) tidak harus diadakan tahun. Bagaimanapun terpulang kepada Perdana Menteri, kadangkala saya terlupa bahawa saya bukan lagi Perdana Menteri,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bekas perdana menteri ini berkata, beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding masa-masa lalu.

Dr Mahathir juga melahirkan pandangan yang sama semalam.

“Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012,” katanya.

Hari ini kata beliau, persekitaran semasa - perpecahan kaum tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

“Saya merasakan rakyat berpecah, perpecahan kaum berada di kemuncak.

“Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskpun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu, tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,” katanya.

Dalam ucapannya kepada Umno Selangor, Najib baru-baru ini membayangkan pilihan raya umum semakin hampir.

The Malaysian Insider difahamkan Najib kemungkinan menangguhkan pilihan raya sehingga akhir tahun ini atau awal 2012 memandangkan partinya sedang memberi tumpuan untuk menjana dana pembiayaan pilihan raya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum kemungkinan diadakan sebelum Ramadan ini.

Tiada ulasan: