Jumaat, 27 Mei 2011

Calon bertanding diumum petang ini

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Calon-calon yang akan bertanding pada muktamar PAS kali ini akan diumumkan petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden PAS, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Apapun, senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup petang semalam akan diumumkan petang ini.

Tiada ulasan: