Ahad, 1 Mei 2011

Ahli Parlimen Kapar Persoal Kewujudan CD Seks Dari Thailand

Ditulis oleh Radzi Razak



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mahu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat bagaimana sebuah cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh dari Thailand yang diterimanya semalam boleh disebarkan sedangkan polis telah mengambil salinan asal video tersebut.

Manikavasagam menyatakan video itu merupakan video sama diwar-warkan media arus perdana yang didakwa sebagai mirip ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, dan menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza. Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?" soal beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pagi tadi dan turut ditemani Naib Presiden PKR, N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Manikavasagam yang juga Ahli Parlimen Kapar kewujudan CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,”

Sementara itu, Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu hantar dari Thailand kerana berdasarkan setem dan cop yang terdapat pada sampul surat terbabit.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan. Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN," kata beliau lagi.

Tiada ulasan: