Sabtu, 9 April 2011

YAYASAN KINABALU BANTU 24 PELAJAR MISKIN


Oleh: C.F.WONG

KEPERIHATINAN Pertubuhan Yayasan Kinabalu yang diilhamkan oleh beberapa tokoh korporat dan keusahawanan masyarakat Cina dinegeri ini lebih 10 tahun lalu mampu mengumpul dana sejumlah RM304,600 bagi membantu pelajar-pelajar miskin selain menjana kegiatan kemasyarakatannya.

Pengerusinya, Datuk Chin Chee Kee berkata demikian ketika menyampaikan bantuan dermasiswa kepada seramai 24 pelajar miskin sebagai penerima bantuan sebanyak RM500.00 setiap seorang yang diadakan di SM Chung Hwa Tenom kelmarin (Jumaat).

Beliau menegaskan bahawa, SM Chung Hwa adalah di antara 9 buah sekolah Cina swasta telah menerima bantuan tersebut pada tahun 2011, manakala 6 buah sekolah lagi yang dikategorikan sebagai ‘confirming school’ (penaja sekolah swasta).

Sebelum itu, terutama pada 2008, Yayasan tersebut telah menyumbang bantuan serupa untuk pelajar miskin di seluruh negeri sejumlah RM300,000 dalam bentuk dermasiswa kepada 200 pelajar miskin.

“Yayasan ini juga akan menawarkan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran dalam negara di peringkat pengajian tinggi dengan tidak dikenakan faedah. Selepas pengajian mereka boleh bayar balik secara ansuran seperti pinjaman kerajaan, tetapi ini khusus untuk pelajar miskin sahaja,” tegas Datuk Chin.

Terdahulu, Pengetua SM Chung Hwa Teh Siew Suan ketika mengalu-alukan sumbangan dan bantuan Pertubuhan Yayasan Kinabalu menyifatkan ia suatu perkara yang amat bernilai sekali sumbangan itu kepada golongan pelajar miskin.

Tegasnya lagi, dengan adanya pemberian sumbangan itu pasti akan dapat membantu pelajar miskin melonjakkan peningkatan mereka separa dengan pelajar yang berkeupayaan sedangkan prestasi pembelajaran berdasarkan keputusan PMR dan SPM sebelum ini masih kekal di tempat teratas di Tenom.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain yang tidak berkaitan berhubung perebutan pengambil alihan kuasa ke atas Lembaga Pengarah pengurusan sekolah tersebut setahun berlalu oleh beberapa pemimpin yang mendakwa kononnya mereka adalah kumpulan yang sah menduduki jawatan itu beliau berkata;

“Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah SM Chung Hwa, Kapitan Loo Kah Soo menyifatkan tindakan mereka (pihak yang merebut) tidak memahami perlembagaan sekolah yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Mereka bukan sahaja tidak layak dilantik malah tidak ada ‘Locus standi’ mencabar kuasa perlantikan kami.”

Hadir sama di majlis itu, Ahli Majlis Tertinggi LDP yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah SM Chung Hwa Kapitan Ng Tet Hau; Pengetua SM Chung Hwa Teh Siew Suan; Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah itu Kapitan Loo Kah Soo dan guru guru SM Chung Hwa serta para ibubapa pelajar.

13 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Yayasan Kinabalu pernah membantu banyak murid miskin sejak ditubuhkan. Semoga mereka akan terus memberi bantuan kewangan kepada mereka yang miskin supaya mereka boleh meneruskan pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

Yayasan Kinabalu memainkan peranan penting dala membantu murid2 miskin. semua sembangan dari yayasan ini amat dihargai.

zam berkata...

ini langkah yang baik bagi membantu pelajar-pelajar miskin.

zam berkata...

usaha seperti ini amat baik dan wajar dicontohi oleh pihak lain seperti badan-badan korporat.

Sanih Alias berkata...

Saya sokong Yayasan ini kerana bertujuan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Dengan adanya pertubuhan ini dapat membantu pelajar tersebut.

Unknown berkata...

Bantuan yang sangat bermakna kepada pelajar miskin. Harap bantuan ini akan dapat diberikan lagi kepada pelajar miskin yang lain. Terima kasih dengan Yayasan Kinabalu..

Tanpa Nama berkata...

pertubuhan seperti Yayasan Kinabalu ini menjadi satu pendorong kepada para pelajar terutama golongan miskin untuk lebih tekun dalam pelajaran bagi mengubah nasib mereka.

Jason berkata...

A very big thank you to Yayasan Kinabalu for their big help.

mike berkata...

usaha seperti ini harus diteruskan..

mike berkata...

usaha Yayasan kinabalu ini harus dicontohi oleh semua pihak..

mantra berkata...

sumbangan ini dpt membantu pelajar miskin untuk mendapatkan pendidikan yang cukup. ia amatlah dihargai.

Tanpa Nama berkata...

pertubuhan seperti ini jauh lebih baik dari parti politik.. saya harap pertubuhan akan terus kekal dan berkembang.. tahniah!!

Tanpa Nama berkata...

semoga segala usaha Yayasan Kinabalu akan kekal dan berterusan dalam membantu para pelajar terutama golongan miskin yang tidak berkemampuan.