Sabtu, 16 April 2011

Wartawan TVS Dihalang Akses Bilik Mengundi di Muara Tuang

Ditulis oleh ZeanaAima



KUCHING : Kurang setengah jam sebelum tamat tempoh pengundian iaitu tepat jam 5 petang, wartawan Tv Selangor dihalang untuk masuk ke salah satu dari tiga bilik saluran pengundian di Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh dalam Dun Muara Tuang.

Ketua Bilik Mengundi Saluran 3, Rosnawati binti Abdul Rahman turut menghalang Zainulfaqar Yaacob daripada membuat liputan dibilik membuang undi meskipun telah menunjukkan pas wartawan dan borang sumpah kerahsiaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

Menurut Rosnawati, pas wartawan dan borang sumpah tersebut tidak memadai dan mereka perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pegawai SPR Dun Muara Tuang.

Bagaimanapun, Rosnawati ditegur oleh Zainulfaqar kerana langsung tidak meletakkan label dokumen wajib SPR dipeti undi saluran tiga.

Menyedari kesilapannya melanggar prosedur tersebut, Rosnawati kemudiannya memberi kerjasama kepada krew Tv Selangor.

Menurut beliau, sehingga 4.30 petang tadi, sebanyak 456 dari 654 pengundi berdaftar (saluran satu) telah pun menunaikan tanggungjawab membuang undi.

Ketua Bilik Mengundi Saluran 2, Alami bin Rasit yang ditemui kemudian memberitahu, sebanyak 71 peratus dari 653 pengundi di saluran tersebut telah keluar mengundi.

Manakala Ketua Bilik Mengundi Saluran 1, Hajjah Sulzarina Haji Mohamed memberitahu krew Tv Selangor bahawa 298 pengundi dari 350 pengundi keseluruhan bagi saluran tersebut telah membuang undi.

Peratusan keluar mengundi bagi saluran tersebut adalah 72 peratus.

Tambahnya, Dun yang ditandingan PAS, Noraini Hamzah mempunyai pengundi berdaftar lebih kurang 1,600.

Laporan lanjut menyusul kemudian...

Tiada ulasan: