Rabu, 6 April 2011

Video seks: Nazri mahu Kabinet adakan suruhanjaya diraja


Nazri
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Nazri Aziz akan mengesyorkan kepada Kabinet agar suruhanjaya diraja dibentuk bagi ‘membersihkan’ isu semasa sama ada lelaki aksi seks dalam video didedahkan “Datuk T” adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau merasakan perlu untuk membawa usul tersebut bagi membersihkan nama Barisan Nasional (BN) selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - isteri Anwar dan Presiden PKR telah menafikan lelaki terbabit adalah suaminya.

“Tiada soal peribadi di sini tetapi oleh kerana beliau telah menafikan, seolah-olah kerajaan yang mereka video ini,” kata Nazri kepada pemberita di banguan Parlimen hari ini.

Tiada ulasan: