Selasa, 5 April 2011

Video Fitnah : Polis Siasat Individu Terlibat|

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah menyiasat sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang yang kini tersebar secara meluas di laman You Tube.

Ismail mengesahkan bahawa siasatan tersebut meliputi individu yang terlibat dalam memuat naik video lucah itu di laman You Tube dan di beberapa laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Klip video hitam putih 1:47 saat itu disiarkan di beberapa laman web anti-pembangkang dan YouTube sejak kelmarin, merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Mengulas lanjut bagaimana rakaman itu bocor sedangkan ”Datuk T” mendakwa satu-satunya rakaman video seks itu kini disimpan polis, Ismail menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.

"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis.

Rakaman itu dilaporkan diserahkan kepada polis.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Jumaat lalu mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Tiada ulasan: