Khamis, 28 April 2011

Undian tajuk muka depan Harakah

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Harakah sedang dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti penerbitannya, justeru beberapa inisiatif baru sedang dan akan dilaksanakan bagi memberikan kepuasan kepada pelanggannya.

Satu daripada usaha yang sedang dilakukan adalah memberi peluang kepada pembaca dan orang ramai dengan mengadakan tinjauan pendapat berhubung dengan tajuk muka depan Harakah pada setiap keluaran.

Sebagai contohnya, dalam Harakah terbaru, bil 1635 bertarikh 29 April – 1 Mei, 2011 yang berada di pasaran bertajuk Umno pujuk DAP, pembaca boleh setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net

Undian tajuk muka depan Harakah ini akan dikemaskinikan pada setiap hari Rabu dan Sabtu bagi setiap keluaran Harakah cetak.

Selain itu, pembaca juga boleh membuat aduan terus kepada Harakah dengan menghantar emel kepada aduan@harakah.net.my

Tiada ulasan: