Ahad, 10 April 2011

‘Umno mesti masuk universiti dapatkan pengundi baru’

Dalam pilihanraya universiti, calon yang menyokong pakatan pembangkang menang manakala calon yang menyokong Umno kalah.



SHAH ALAM: “Mengapa Umno tidak masuk universiti (tempatan) untuk mendapatkan pengundi muda?

“DAP, PKR dan PAS bergerak di universiti dan kerana itu calon-calon pembangkang menang dalam pilihanraya universiti.”

Begitu kata bekas ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said kepada kira-kira 50 pemimpin Puteri Umno Selangor di sini petang semalam.

Beliau berkata, dalam pilihanraya universiti calon yang menyokong pakatan pembangkang manakala calon yang menyokong Umno kalah.

Katanya, calon pembangkang menang kerana penyokong dan pemimpin mereka masuk ke universiti, sebaliknya Umno tidak berbuat demikian.

“Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengesahkan 42 peratus pengundi muda menyokong menyokong kita.

“Ini cabaran kepada kita generasi muda kerana mereka baca internet, mereka tidak baca akhbar kerana mereka kata kerajaan kawal, Umno kawal,” katanya lagi.

Sementara itu dalam soal jawab, Azalina berkata, ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan timbalannya Shahanim Mohd Yusof perlu bersatu demi politik.

Bagaimanapun, katanya, dalam negara demokrasi, pemimpin politik mesti ada pasukan masing-masing.

Sebelum ini kedengaran, kedua-dua pemimpin Puteri itu tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain.

Mereka juda dikatakan telah bertemu Azalina untuk mendapatkan nasihat.

Tiada ulasan: